PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi
memenuhi
keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak
membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan.
Bagi
memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran
di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “
guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran
atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti,
mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan
matlamat Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang,berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak
mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan membimbing murid agar berupaya;
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
ii.
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari
dalam kehidupan seharian
iii.
memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan
berkerjaya
iv.
mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan
sempurna
v.
menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi
dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat
majmuk
vi.
mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang
beragama Islam
vii.
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii.
melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix.
menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x.
menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD
KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii.
Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii.
Kemanusiaan
iv. Sains
dan Teknologi
v.
Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi.
Keterampilan Diri
KURIKULUM
MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang
mengandungi
elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard
Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu
penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
PENDEKATAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ,guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Antaranya adalah:
- Inkuiri
- Analisis Tugasan
- Belajar Melalui Bermain
- Pengajaran Bertema
- Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
- Konstruktivisme
- Multi Sensori
- Pembelajaran Kontekstual
- Pembelajaran Interaktif
- Pembelajaran Koperatif
- Simulasi
- Pembelajaran Masteri
- Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
RANCANGAN
PENDIDIKAN INDIVIDU
Definisi Rancangan Pendidikan Individu:
Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis
yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang
untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh
menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku
Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid
Berkeperluan
Khas, 2000)
RPI ialah
suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin
yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan
khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi
dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke
atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan.
Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang
keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut
dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,perlu ada
kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,dan murid
itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat
negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan
lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap
prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan
akademik dan bukan akademik
iii.
Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif
pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif,
prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti
perkembangan dalam pencapaian
vi.
Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii.
Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan
dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.
PENTAKSIRAN
Pentaksiran di bilik darjah penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran di bilik darjah juga dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk
merancang
tindakan susulan dan penyediaan RPI bagi meningkatkan
lagi penguasaan dan pemahaman murid. Antara kaedah
pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan termasuk:
i. Pemerhatian : Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak.
ii. Ujian/ Kuiz : Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif manakala kuiz boleh dijalankan dalam bentuk lisan.
iii. Persembahan secara lisan : Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang konten yang dipelajari.
iv. Senarai semak : Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni.
v. Folio : Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh folio adalah buku skrap dan laporan.
vi. Esei : Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik.