Khamis, 6 Disember 2012

KSSR PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN



PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) lebih berfokus kepada penguasaan kemahiran bagi
memenuhi keperluan individu, tidak terlalu menekankan akademik dan tidak membebankan murid. Ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dibina dengan hasrat pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang,berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) bertujuan membimbing murid agar berupaya;

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian
iii. memperoleh kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri



KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ,guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Antaranya adalah:
  1. Inkuiri
  2. Analisis Tugasan
  3. Belajar Melalui Bermain 
  4. Pengajaran Bertema 
  5. Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) 
  6. Konstruktivisme 
  7. Multi Sensori 
  8. Pembelajaran Kontekstual 
  9. Pembelajaran Interaktif 
  10. Pembelajaran Koperatif 
  11. Simulasi 
  12. Pembelajaran Masteri 
  13. Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Definisi Rancangan Pendidikan Individu:
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid
Berkeperluan Khas, 2000)

RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.

RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.

PENTAKSIRAN

Pentaksiran di bilik darjah penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan pemahaman murid tentang apa yang telah dipelajari. Pentaksiran boleh dijalankan secara formatif dan sumatif. Maklumat yang diperoleh akan membantu guru untuk menambah baik kaedah pengajaran dan hasil pentaksiran di bilik darjah juga dapat memberi maklum balas awal kepada guru untuk
merancang tindakan susulan dan penyediaan RPI bagi meningkatkan lagi penguasaan dan pemahaman murid. Antara kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan termasuk:

i. Pemerhatian : Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek kemahiran, sikap dan nilai murni. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak.

ii. Ujian/ Kuiz : Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif manakala kuiz boleh dijalankan dalam bentuk lisan.

iii. Persembahan secara lisan : Persembahan secara lisan adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang konten yang dipelajari.

iv. Senarai semak : Senarai semak merupakan laporan individu tentang penguasaan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni.

v. Folio : Folio adalah kompilasi hasil kerja murid secara individu atau kumpulan. Contoh folio adalah buku skrap dan laporan.

vi. Esei : Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat secara saintifik.

Selasa, 17 Julai 2012

INKLUSIF


Latar Belakang
Pendidikan insklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti Slow Learner, Terencat Akal Ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama denagan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih bekesan.

Rasional
Pendidikan insklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program insklusif akan dapat memastikan:
           *      perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.
 *      peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan 
         kanak-kanak lain.
 *      pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.
 *      pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.
 *      peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.
 *      menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa 
         dengan kanak-kanak lain.

Matlamat
Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

Objektif
Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model)
*      Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa    bersama , mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna     dan saling menguntungkan bersama.
*   Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas’ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan- rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbeza, kekurangan dan kecacatan.
* Pendidkan insklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.


STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF

Pada peringkat permulaan pendidikan insklusif dijalankan secara ‘Partikal Integration’ sahaja. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sabagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini sangat penting dalam menjayakan program pendidikan insklusif. Pada tahun 2006 sabagai tahun permulaan, program pendidikan insklusif ini dijalankan secara ‘Partikal Inclusion’. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam pelaksanaan pendidikan insklusif di sekolah ini.
1.     Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru     kelas normal yang akan terlibat dengan pelaksanaan program pendidikan insklusif.
2.      Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang 
      akan mengikuti program pendidikan insklusif.
3.    Mengadakan sesi suai kenal di antara kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.
4.  Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalm bilik darjah biasa.
5.     Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
6.   Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.
7.     Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.
8.  Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.
9.     Menjalani P& P mengikut jadual yang telah ditetapkan.
10.  Penilaian keberkesanan program pendidikan insklusif dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Isnin, 15 Februari 2010

CEREBRAL PALSY

Cerebral Palsi

“CEREBRAL” ialah OTAK
“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”

Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

Sebelum Kelahiran

•Jangkitan dalam rahim
•Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
•Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
Semasa Proses Kelahiran

•Kelahiran tidak cukup bulan
•Kecederaan semasa lahir
•Lemas semasa lahir
•Jangkitan semasa lahir
Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)

•Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
•Jaundis yang teruk (kemicterus)
•Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.

Punca-punca :

•Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
•Perkembangan otak yang tidak normal.
•Rembesan (intraeraneal bleeding).
•Demam kuning.
•Terhentak / terhempas / kejutan.
•Serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :

•Bayi kelihatan lembik
•Lewat perkembangan
•Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
•Masalah menyusu
•Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
•Sembelit
•Cepat marah
Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy

Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.

0 – 10 bulan
Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan
Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun
1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.

8 tahun

-Belum boleh bercakap

Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti : - Rencatan akal (kurang kecerdasan)
- Kerencatan pertuturan
- Rencatan penglihatan
- Rencatan pendengaran
- Sawan (epilepsy)
- Kecacatan anggota
- Kecacatan gigi
- Masalah mengenai pernafasan
- Masalah mangenai pemakanan
- masalah untuk buang air besar atau kecil.

Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)

Spastic – Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.

Athetoid – Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.

Atxia – Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.

Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik

Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.
Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.

Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.

Basal Ganglia

Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.

Serebelum

Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.

Mengesan Kanak-kanak Spastik.

Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :

Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.

Masalah pernafasan
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.

Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.

Masalah pertuturan.
Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.

Masalah pendengaran.
Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.

Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.

Reaksi yang tidak normal
Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).

Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.
Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.

Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

DISLEKSIA

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.

Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.




Ciri-ciri Penghidap Disleksia

Terdapat beberapa ciri penghidap Disleksia antaranya ialah:-

•Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan
•Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas
•Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca
•Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b" dianggap "d".
•Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan.
•Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.


Punca Disleksia

Terdapat beberapa punca berlakunya gangguan Disleksia antaranya ialah:-

•Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan.
•Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.