Latar Belakang
Pendidikan insklusif
menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti Slow
Learner, Terencat Akal Ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya
supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka
diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang
bekerjasama denagan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran
Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih
bekesan.
Rasional
Pendidikan insklusif
menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup
dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program
insklusif akan dapat memastikan:
* perkongsian kemudahan serta alat-alat
tertentu dengan sepenuhnya.
* peluang berinteraksi antara
kanak-kanak istimewa dengan
kanak-kanak lain.
* pengagihan perkhidmatan
yang lebih adil.
* pengagihan sumber yang
lebih luas dan adil.
* peluang kanak-kanak
istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.
* menerapkan nilai-nilai
murni antara kanak-kanak istimewa
dengan kanak-kanak lain.
Matlamat
Pendidikan insklusif
adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas
di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak
istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai
aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri
dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan
seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.
Objektif
Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan
dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini
kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan
kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya
model-model rakan sebaya (role model)
* Apabila semua kategori
kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama , mereka dapat membina suatu
hubungan yang bermakna dan saling menguntungkan bersama.
* Murid-murid normal mendapat
keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan
rakan-rakan ‘Khas’ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-
rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbeza, kekurangan dan kecacatan.
* Pendidkan insklusif
menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak istimewa untuk berdikari dan
memperolehi peluang pekerjaan.
STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF
Pada
peringkat permulaan pendidikan insklusif dijalankan secara ‘Partikal
Integration’ sahaja. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini
bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas
normal yang sesuai dan inovatif sabagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini
sangat penting dalam menjayakan program pendidikan insklusif. Pada tahun 2006
sabagai tahun permulaan, program pendidikan insklusif ini dijalankan secara
‘Partikal Inclusion’. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah
dijalankan dalam pelaksanaan pendidikan insklusif di sekolah ini.
1.
Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas
normal yang akan terlibat dengan pelaksanaan program pendidikan insklusif.
2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang
akan
mengikuti program pendidikan insklusif.
3.
Mengadakan sesi suai kenal di antara kanak-kanak khas dan kanak-kanak
normal.
4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas
dalm bilik darjah biasa.
5.
Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.
7.
Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.
8.
Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal
semasa mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.
9.
Menjalani P& P mengikut jadual yang telah ditetapkan.
10. Penilaian keberkesanan program pendidikan insklusif dijalankan secara
berperingkat-peringkat.