Rabu, 15 Julai 2009

KURIKULUM PKBP

Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam program PKBP terdiri daripada kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Oleh itu rekebentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.Kurikulum bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat.

Ini bermakna aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid melalui bidang berikut:

i. Bidang Pengurusan Kehidupan
ii. Bidang Akademik Berfunsi
iii. Bidang Kerohanian dan Nilai - nilai Murni
iv. Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti

BIDANG PENGURUSAN DIRI

a. Komponen Pengurusan Diri
b. Komponen Kemahiran Manipulatif
c. Komponen Pengurusan Tingkah laku
d. Komponen Kemahiran Hidup

BIDANG AKADEMIK BERFUNGSI

a. Komponen Bahasa Melayu
b. Komponen Matematik
c. Komponen Bahasa Inggeris
d. Komponen Multimedia

BIDANG KEROHANIAN DAN NILAI - NILAI MURNI

a. Komponen Pendidikan Agama Islam
b. Komponen Pendidikan Moral

BIDANG SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITI

a. Komponen Pendidikan Jasmani
b. Komponen Pendidikan Seni
c. Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
d. Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri berikut:

i. mampu berdikari
ii. berdisiplin dan bersikap positif
iii. bermoral dan beretika
iv. berkemahiran dan berketerampilan
v. produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara

SUMBER: SK Bukit Padang

Ahad, 12 Julai 2009

SLOW LEARNER

(LEMBAM )-

CIRI-CIRI:
  • Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis
  • Tulisan yang terlalu buruk dan sukar dibaca
  • Tiada penyelarasan……….
  • Membaca tanpa kefahaman
  • Tidak memahami konsep
  • Tiada tumpuan
  • Tumpuan terhad
  • Berkhayal
  • Daya ingatan yang singkat
  • Mudah terganggu perhatian
  • Sukar menerima arahan
  • Suka bercakap
  • Tidak bercakap
  • Gagap
  • Pelat
  • Tidak berminat untuk belajar
  • Sentiasa gelisah
  • Pemalu
  • Membuat sesuatu tanpa tujuan
  • LEMBAB PERGERAKAN
  • LEMBAB MEMBUAT SESUATU
  • SUKA BERTANGGUH MEMBUAT SESUATU
  • SELALU MENGADU KESAKITAN
  • SUKA MENGGANGGU KAWAN
  • BERCAKAP BOHONG
  • SENSITIF
  • MENGAMBIL TANPA IZIN
  • SUGUL
  • ANTI SOSIAL
  • BERTINDAK SBLM HABIS ARAHAN

AUTISME


CIRI-CIRI KHUSUS:

  • perlakuan yg bongkak
  • ketawa dengan tiba-tiba
  • perkataan yg diulang berkali-kali dan gagap
  • tidak mengenal bahaya
  • tidak merasai kesakitan
  • menangis dan marah tanpa sebab
  • permainan yg luar biasa
  • tidak mahu didakap
  • tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain
  • berkelakuan spt org pekak
  • tiada perhubungan mata bila bercakap
  • memutar barang
  • tidak dpt mengawal keseimbangan fizikal
  • tingkahlaku aktif keterlaluan
  • tidak mahu terima pelajaran biasa
  • menggigit kuku, menghisap jari dan mencederakan diri
  • takut dan cemburu berlebihan

PKBP

DEFINISI: murid yg telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami pemasalahan yang mengganggu proses pembelajaran. Dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan2 fizikal, intelek, emosi dan sosial...mempunyai keistimewaan yang berbeza dari segi bakat, kebolehan dan kemampuan..seterusnya memerlukan program pendidikan khas untuk mengoptimakan potensi mereka.

KATEGORI:

  • AUTISME
  • SYNDROM DOWN
  • HYPERAKTIF
  • HYPOAKTIF
  • TERENCAT CACAT AKAL RINGAN
  • TERENCAT CACAT AKAL BERAT
  • SIBERAL PALSY (SEPASTIK)
  • DISLEKSIA
  • SLOW LEARNER